Di Asia Tenggara, congkak mula berkembang dari Melaka memandangkan negeri itu dahulunya merupakan pusat perdagangan utama.Nama congkak dipercayai berasal dari perkataan Bahasa kita iaitu Bahasa Melayu "congak" yang bermaksud pengiraan mental.Selain orang Melayu , orang yang berketurunan india dan Baba Melaka turut meminati permainan congkak ini.Di kepulauan Caribbean, congkak dikenali sebagai Warri atau Awari.Di Indonesia pula dikenali sebagai congklak manakala Filipina,sungka.
Congkak sejenis permainan yang dibuat darpada papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan kebiasaannya congkak menggunakan biji getah atau guli[buah].
Dalam permainan congkak, terdapat dua bahan iaitu papan congkak dan buah congkak.Papan congkak yang dibuat daripada kayu lalu terdiri daripada lima atau tujuh sebaris yang digelar "kampong" dan di hujung kedua-duanya terdapat lubang ibu yang dikenali sebagai "rumah".Kebiasaannya panjang sebuah congkak sekitar 80cm dan lebarnya 18cm.
CARA BERMAIN :
PEMAIN :
Permainan ini memerlukan dua orang pemain dalam satu masa.
ALATAN PERMAINAN : Alatan yang digunakan dalam permainan ini adalah papan congkak dan buah congkak (cakak). Gelanggang permainan adalah sebuah papan congkak yang mengandungi “sekampung” iaitu 5, 7, 8 atau 9 biji guli ke dalam “Rumah Anak”. Tiap-tiap Rumah Anak perlu diisi cakak (biji guli). Terdapat dua lubang besar di setiap hujung papan congkak. Lubang ini dipanggil "Rumah Ibu".
Kadang-kadang sebagai ganti papan congkak, lubang-lubangnya dibuat di atas tanah. Sementara biji-biji congkak pula ialah guli-guli kaca, buah getah, biji saga, batu-batu kecil dan sebagainya. Setiap papan congkak hanya boleh dimainkan oleh dua orang sahaja.
MASA PERMAINAN :
Permainan bergantung kepada kecekapan pemain untuk mengawal perjalanan bagi mengumpul sebanyak mungkin buah guli (cakak) ke dalam “Rumah Ibu”.
LOKASI BERMAIN :
Permainan dimainkan di dalam rumah atau di anjung rumah.
CARA BERMAIN:
1. Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan.
2. Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut, hanya selepas membuat satu pusingan.
3. Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati.
4. Sekiranya tidak terdapat sebarang buah di kampung pemain sungguhpun giliran berada dipihaknya, maka giliran untuk menggerakkan buah akan berpindah kepada pihak lawan.
5. Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap 'terbakar'. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.
Di akhir permainan, buah congkak dikira dari rumah masing-masing. Pemenang adalah yang memiliki buah congkak terbanyak. Sekiranya jumlah buah congkak sama banyak, maka pemain dengan jumlah kampung terbakar terbanyak dikira kalah.
Congkak Masa Kini
Congkak zaman moden kebanyakkannya diperbuat dengan plastik keras atau kayu mampat, dan dengan pelbagai jenis rekaan. Congkak juga diubahsuai menjadi mudah alih (portable), dan boleh dibimbit untuk dibawa ke mana sahaja.
Cara membuat congkak .....
Lazimnya dibuat dari kayu hutan seperti merbau, keruing, balau dan sebagainya. Terdapat juga papan congkak yang dibuat dari kayurambutan, nangka dan sebagainya, mengikut kemampuan si tukang pembuat congkak.
Belahan kayu yang telah siap dipotong mengikut ukuran yang dikehendaki.
Kayu tersebut akan dipahat untuk membuat lubang. Lubang-lubang ditebuk dalam dua baris dan dinamakan ‘kampung’ yang mempunyai jumlah bilangan tertentu.
Ditebuk satu lubang besar di kedua-dua hujung yang dikenali sebagai ‘rumah’.
Setelah siap, papan tersebut akan diukir dengan pelbagai hiasan seperti bentuk tumbuh-tumbuhan, kosmos, geometri dan sebagainya
Papan congkak divarniskan dengan warna perang kekuningan, perang kemerahan, perang atau hitam
Wahhh info yang sungguh menarik👍
BalasPadamWah nostalgia 😍
BalasPadamInfo bermanfat...harap2 dpt dikekalkan ke generasi masa depan permainan tradisional ini.
BalasPadam