Ahad, 21 Mac 2021

BATU SEREMBAN

              

BATU SEREMBAN - Asal Usulnya...
 
                 Selambut ataupun dikenali sebagai Batu Seremban atau serembat ialah sejenis permainan yang dimainkan di Malaysia.Selambut adalah sebutan bagi di sebelah utara dan pantai timur semenanjung,manakala di pantai barat semenanjung ini dikenali sebagai seremban.

              Permainan ini biasanya dimainkan oleh kanak-kanak perempuan secara individu atau berkumpulan iaitu dua orang atau lebih.Kebiasaannya pemain akan menggunakan guli,biji getah,ketulan batu kerikil atau objek yang kecil berbentuk bulat.Lazimnya sebanyak lima biji sahaja.Selain itu,karung kain yang dijahit dan diisi dengan biji saga,pasir,kacang hijau atau yang sesuai,boleh dijadikan juga[video pembuatan batu seremban kain ada dihujung blog].Objek itu digelar sebagai buah.


             Secara amnya, permainan ini dimainkan pada waktu yang lapang,di serambi rumah,di dalam rumah atau dimana sahaja dengan syarat permukaan tersebut rata dan bersih.Para pemain akan duduk di atas lantai dan bermain mengikut giliran.



            
        


 










Undian
Sebelum memulakan permainan ini, setiap pemain hendaklah menimbang buah,bagi menentukan giliran masing-masing.Para pemain akan menimbang kesemua buah dengan meletakkannya di atas tangan dan dilambung ke udara.Kemudian disambutnya dengan belakang tapak tangan.Jumlah buah yang dapat disambut akan dikira sebagai mata giliran setiap pemain.



Cara Bermain
Terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan.Permulaan permainan, pemain akan menggunakan sebiji buah yang digelar buah 1 sehinggalah ke peringkat tertinggi yang digelar buah 7.



Buah satu 
Kesemua buah hendaklah diselerakkan dengan cara menabur di atas lantai dan tidak bersentuhan antara satu sama lain.Sebiji buah akan diambil untuk dijadikan ibu.Kemudian ibu hendaklah dilambungkan ke udara dan dalam masa yang sama sebiji lagi buah hendaklah dikutip.Seterusnya,pemain hendaklah menyambut buah ibu dan meletakkannya di dalam tangan yang sebelah lagi.Perlakuan ini akan berterusan sehingga kesemua buah habis dilambung dan disambut.




Buah dua
Cara buah dua dimainkan adalah sama seperti buah satu tetapi buah yang dikutip mestilah dua biji.Ini bermakna dua kali buah ibu dilakukan.




Buah tiga
Seterusnya,buah tiga.Cara bermain buah tiga pula terdapat sedikit perbezaan.Langkah pertama adalah dengan mengutip sebiji buah dahulu,pada lambungan kali kedua pemain hendaklah mengutip tiga biji buah serentak.



Buah empat
Pada peringkat buah empat,pemain akan mengutip kesemua empat biji buah di atas lantai dan dalam masa yang sama hendaklah menyambut buah ibu yang telah dilambungkan tadi.



Buah lima
Peringkat ini merupakan urutan bagi peringkat buah empat.Sementara di dalam tangan tergenggam lima buah biji,sebiji daripadanya hendaklah dilambungkan dan empat biji lagi hendaklah diletakkan diatas lantai bagi menyambut buah ibu sahaja.



Buah enam
Seterusnya, di tahap ini terdapat perbezaan.Ianya dinamakan buah tukar,dimana dua biji buah dijadikan buah ibu.Apabila sebiji daripadanya dilambungkan ke udara maka sebiji lagi buah ibu hendaklah ditukarkan dengan buah lain yang terdapat diatas lantai sehingga selesai.



Buah tujuh
Buah tujuh adalah urutan dari peringkat buah enam.Dua biji buah yang masih berada di dalam tangan hendaklah dilambungkan serentak.Sementara itu,sebiji buah hendaklah dikutip.Buah ibu hendaklah disambut dengan kedua belah tangan manakala sebiji di sebelah kanan dan sebiji lagi disebelah kiri.Pada buah ibu yang terakhir dilambungkan,hendaklah disambut.




Buah lapan
Pada peringkat ini,pemain hendaklah menyatukan dua buah dan mengambil semua buah dilantai sekaligus sementara ibu dilambungkan ke udara dan ibunya diambil semula.




Buah sembilan
Kemudian, peringkat termudah heheheehh, pemain mestilah ambil kesemua buah dilantai sekali gus sementara ibu dilambung ke udara.


 


Buah sepuluh
Setelah selesai kesemua peringkat,pemain hendaklah menimbang buah untuk mendapatkan mata.Pada peringkat ini terdapat dua kaedah menimbang buah.Cara pertama sama seperti permulaan menentukan pemain,mata dikira hanya mengikut bilangan biji buah yang dapat ditimbang.Tetapi jika buah yang ditimbang itu disambut dengan cara mencangkuk,maka mata dikira sekali ganda dari jumlah biji buah yang dapat disambutnya.Sekiranya pemain dapat bermain sehingga ke peringkat menimbang dengan memperolehi mata ,maka pemain tersebut boleh meneruskan permainan semula,buah satu dan seterusnya sehingga mati.






Mati Permainan
Sekiranya ibu tidak dapat disambut sambil semasa mengutip buah di lantai dan tangan terkena biji buah yang lain atau tidak dapat mengutip buah sehingga ibu jatuh ataupun semasa menimbang buah, pemain tidak dapat walau sebiji pun buah ianya dikira mati [permainan tamat] dan permainan akan diserahkan kepada pemain seterusnya.





                     







Pembuatan Batu Seremban Kain



2 ulasan: