WAU - Asal Usulnya...
Wau juga dikenali sebagai layang-layang.Perkataan "wau" dikatakan berasal dari perkataan Kerajaan Melayu Patthani [ Thailand ]memandangkan negeri Kelantan,Terengganu,Perlis dan Kedah menggunakan perkataan tersebut.
Kebanyakkan dari negeri-negeri di Pantai Barat dan Selatan Semenanjung Malaysia seperti Melaka,Johor dan Selangor menggunakan perkataan "layang-layang".Ini dapat dibuktikan dengan menerusi catatan Tun Seri Lanang yang menyatakan bahawa Raja Ahmad bermain layang-layang bersama pemuda-pemuda serta kerabat Diraja.
Selain itu juga,kemunculan nama wau ini juga telah dikaitkan dengan bunyi yang terhasil daripada busur yang diikat di wau.Apabila naik ke udara, daun ibus yang dipasang pada busur tersebut akan menghasilkan bunyi "wau" secara berirama.
Permainan wau diadakan sebagai hiburan untuk pelbagai peringkat umur.Permainan wau juga diadakan untuk pertandingan.Pertandingan yang melihat bentuk kecantikkannya diukur dari segi keindahannya daripada bentuk,corak ciptaan,warna, keaslian ciptaan dan ukurannya.
Di masa kini, walaupun wau masih mendapat tempat di kalangan masyarakat Melayu, layang-layang juga tidak kurangnya telah mendapat perhatian oleh masyarakat tempatan dan juga antarabangsa. Pelbagai bentuk dan corak layang-layang telah dicipta, ada layang-layang yang berbentuk orang, kapal berangkai dan ada yang dimainkan dengan menggunakan dua utas tali. Kebanyakkan pertunjukan wau dan layang-layang masih mendapat tempat di Malaysia,terutama ketika hari-hari sambutan perayaan atau pertandingan wau antarabangsa.
Penulisan yang bagus✅
BalasPadamMain tepi pantai seronok nie😍
BalasPadam