Khamis, 1 Disember 2022

MPU21032-PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN


MPU21013 - PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

TAJUK :  SUKAN DAN PERADABAN



         Assalamualaikum dan hai kepada semua pembaca....Blog ini ditulis untuk memberi penerangan tentang sukan dan perpaduan....Semoga dapat berkongsi serba sedikit pengetahuan kepada anda semua tentang perkara ini.


PENGENALAN :


     DEFINISI SUKAN

        
        Sukan adalah aktiviti yang dilakukan oleh seorang individu untuk meningkatkan staminanya. Sukan juga adalah sejenis latihan gerak badan dan permainan. Hal ini disebabkan sukan juga boleh ditafsir sebagai aktiviti rekreasi jika ia dilakukan pada waktu lapang ataupun berniat untuk menjaga kesihatan. Sukan terbahagi kepada dua iaitu sukan indoor dan outdoor. Sukan indoor ialah sukan yang menggunakan tenaga tetapi banyak menggunakan minda contohnya catur, ping pong dan sebagainya. Sukan outdoor pula merupakan sukan yang banyak menggunakan tenaga dan anggota badan sebagai contoh , bola sepak dan berenang.

      DEFINISI PERPADUAN

       Perpaduan merupakan penyatuan dan darjah serta jenis penyatuan yang dipamerkan dalam sesebuah masyarakat ataupun kumpulan. Ia merujuk kepada semua perhubungan sosial yang mengaitkan manusia. Asas perpaduan bagi sesuatu masyarakat adalah berbeza dalam masyarakat ringkas ataupun biasa ia mungkin berdasarkan hubungan dalam kekeluargaan dan nilai saling menghormati dan menyayangi.


CONTOH-CONTOH SUKAN  :
  • Olahraga
  • Bola Sepak
  • Tinju
  • Tennis
  • Hoki
  • Bola Baling
  • Squash

PERANAN SUKAN DALAM MENYATUPADUKAN PERPADUAN KAUM

        Sukan mampu memberi peluang dan ruang untuk mengintergrasikan pelbagai kaum kepada satu masyarakat yang bersatu padu ke arah untuk memupuk maruah bangsa dan negara. Sukan juga dapat membuka peluang kepada masyarakat Malaysia tanpa mengira kaum dan etnik untuk menyertai mana-mana sukan yang dipertandingkan. Seterusnya, kegiatan sukan juga boleh membentuk tingkah laku displin dalam kalangan anggota seseorang individu. Selain itu, sukan dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara pemain dan penyokong tanpa mengira bangsa dan agama.


SUKAN  BOLEH MEMBENTUK PERPADUAN
 

        Sukan mampu menjadi landasan dalam memupuk perpaduan antara kaum. Biarpun berlainan fahaman politik, berbeza agama dan bangsa namun ketika menyokong pasukan negara yang bertanding, tembok yang tebal itu boleh dihapuskan. Contohnya, apabila pasukan bola sepak negara kita iaitu Harimau Malaya bertanding, semua sempadan terhapus dengan sendirinya kerana kita memberi fokus 100% agar kemenangan dapat dicapai. Ketika itu semuanya bersatu, sama-sama bersorak, sama-sama menjerit dengan satu citra mengharapkan kemenangan milik Harimau Malaya. Bila kalah sama-sama kecewa, Bila menang sama-sama kita gembira. Itulah sukan, sukan dapat menyatukan rakyat kerana sukan adalah agen perpaduan. Aktiviti bersukan dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dan pada masa yang sama kita dapat menerapkan displin dan intergriti dalam kalangan peserta.


OBJEKTIF SUKAN TERHADAP PERPADUAN 

  • Memperkasakan budaya penglibatan dalam sukan dalam kalangan masyarakat.
  • Menggalakkan penyertaan aktiviti sukan yang lebih luas di semua peringkat bagi sebuah masyarakat yang berdisplin dan bersatu padu.
  • Membuka peluang, insentif dan kerjaya bagi kerjaya bagi memenuhi keperluan asasi individu sukan.
  • Mencapai kecemerlangan peringkat kebangsaan dan antarabangsa dengan semangat kesukanan yang tulen.
FAEDAH-FAEDAH BERSUKAN DALAM PERPADUAN

PERINGKAT INDIVIDU

    Menyumbang kepada pembentukan sahsiah yang positif, memberi kesedaran diri dan berdaya saing, peningkatan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal dapat menerusi pada masa lapang secara berfaedah.

PERINGKAT MASYARAKAT

    Menyumbang kepada peningkatan perhubungan yang dapat dieratkan antara pelbagai kaum, peningkatan tahap kesihatan komuniti, peningkatan semangat kesukarelaan, kerjasama dan sokongan.

PERINGKAT ANTARABANGSA

    Menyumbang kepada pemupukan jalinan dan kerjasama antarabangsa, peningkatan ketahanan dan daya saing.


IMPAK SUKAN TERHADAP PERPADUAN KAUM

      Sukan tidak pernah mengira latar belakang atau agama, keturunan, kepercayaan dan batasan yang boleh menghalang interaksi antara pemain, penyokong, pihak pengurusan dan media massa. Pada era 1980-an bola sepak negara kita pasti kita tidak akan lupa kepada allahyarham Mokhtar Dahari, Hassan Sani, V Arumugam, Soh Chin Aun, James Wong, Torai Raju, Zainal Abidin dan Khalid Ali.

         Walaupun tidak dinafikan sukan juga menjadi ancaman provokasi perkauman sebagaimana yang berlaku dalam liga bola sepak luar negara, namun sering kali kita melihat sukan akan menjadi alat perpaduan yang baik dalam kalangan masyarakat umum walaupun mempunyai pelbagai perbezaan termasuk kefahaman politik masing-masing. Pada zaman dulu lagi, sukan menjadi alat untuk mengetepikan perbezaan masing-masing dan tempat penyatuan antara negara dan bangsa yang boleh bersama walaupun mempunyai latar belakang pemerintahan dan struktur tadbir urus yang berbeza.


TOKOH-TOKOH ATLET NEGARA DAN PENCAPAIAN YANG DICAPAI

Kami akan menerangkan dua tokoh yang terkenal di negara kita dengan percapaian yang terbaik mereka perolehi untuk negara.


DATO' LEE CHONG WEI

Dato' Lee Chong Wei seorang olahragawan paling berjaya di Malaysia. Beliau telah memenangi Anugerah Olahragawan Negara sebanyak 4 kali. Lee chong wei juga telah menjadi pemain nombor satu dunia selama 348 minggu. Beliau telah memenangi pingat perak sukan olimpik sebanyak tiga kali dan memenangi 69 kejohanan antarabangsa.




DATUK NICOL ANN DAVID

Datuk Nicol Ann David merupakan pemain skuasy profesional kebangsaan setiap lapisan masyarakat di Malaysia. Beliau juga ikon sukan negara yang paling dikasihi dengan pengalaman bersaing di peringkat antarabangsa selama lebih daripada 20 tahun.  Dato Nicol telah memegang gelaran pemain skuasy no.1 dunia selama 9 tahun berturut-turut. Bergelar juara dunia sebanyak 8 kali. Seterusnya, memenangi 5 pingat emas di sukan asia, 2 pingat emas di sukan komanwel. Beliau juga turut mendapat 81 gelaran kejuaraan Jelajah Persatuan Skuasy Profesional (PSA).


KESIMPULAN :

       Kesimpulan yang kita boleh dapat dalam sukan ini adalah sukan merupakan aspek yang penting untuk memupuk perpaduan antara kaum. Sukan juga amat bagus untuk kesihatan kerana ia dapat mencerdaskan otak dan juga dapat mencergaskan anggota badan kita. Seterusnya, sukan juga memberi kesan yang baik kepada kita untuk menyatupadukan pelbagai etnik di Malaysia. Sukan tidak pernah mengira latar belakang, agama, keturunan mahupun kepercayaan. Selain itu, di peringkat individu, sukan telah menyumbang kepada pembentukan sahsiah positif, kesedaran diri dan berdaya saing selain peningkatan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal menerusi penggunaan masa lapang secara berfaedah di peringkat masyarakat, sukan menyumbang kepada peningkatan jalinan perhubungan di antara pelbagai kaum, peningkatan semangat kesukarelaan, penyertaan, kerjasama dan sokongan.


__________________________________________________________________________


      Nampaknya sampai disini sahaja kami dapat memberi serba sedikit tentang sukan dan perpaduan...semoga apa yang kami sampaikan, semua pembaca dapat memahami dan mengetahui tentang sukan dan perpaduan.

KUMPULAN 6 :

AHLI : 1) MUHAMMAD AZHAR BIN ZULKEFLI (19DRG22F1016)
            2) MUHAMMAD SYAHIR BIN MOHAMMAD PANDI (19DRG22F1012)
            3) ALI ZUHAIRI BIN KHAIRUL ANNUAR (19DRG22F1010)
            4) MUHAMMAD NIZAM BIN SURUJI (19DRG22F1036)



CHECKED BY :  SIR MOHD TAHA BIN RULAN AHMAD

Tiada ulasan:

Catat Ulasan