Assalamualaikum dan hai kepada semua pembaca....Blog ini ditulis untuk memberi penerangan tentang sukan dan perpaduan....Semoga dapat berkongsi serba sedikit pengetahuan kepada anda semua tentang perkara ini.
PENGENALAN :
DEFINISI SUKAN
Sukan adalah aktiviti yang dilakukan oleh seorang individu untuk meningkatkan staminanya. Sukan juga adalah sejenis latihan gerak badan dan permainan. Hal ini disebabkan sukan juga boleh ditafsir sebagai aktiviti rekreasi jika ia dilakukan pada waktu lapang ataupun berniat untuk menjaga kesihatan. Sukan terbahagi kepada dua iaitu sukan indoor dan outdoor. Sukan indoor ialah sukan yang menggunakan tenaga tetapi banyak menggunakan minda contohnya catur, ping pong dan sebagainya. Sukan outdoor pula merupakan sukan yang banyak menggunakan tenaga dan anggota badan sebagai contoh , bola sepak dan berenang.
DEFINISI PERPADUAN
Perpaduan merupakan penyatuan dan darjah serta jenis penyatuan yang dipamerkan dalam sesebuah masyarakat ataupun kumpulan. Ia merujuk kepada semua perhubungan sosial yang mengaitkan manusia. Asas perpaduan bagi sesuatu masyarakat adalah berbeza dalam masyarakat ringkas ataupun biasa ia mungkin berdasarkan hubungan dalam kekeluargaan dan nilai saling menghormati dan menyayangi.
CONTOH-CONTOH SUKAN :
Olahraga
Bola Sepak
Tinju
Tennis
Hoki
Bola Baling
Squash
PERANAN SUKAN DALAM MENYATUPADUKAN PERPADUAN KAUM
Sukan mampu memberi peluang dan ruang untuk mengintergrasikan pelbagai kaum kepada satu masyarakat yang bersatu padu ke arah untuk memupuk maruah bangsa dan negara. Sukan juga dapat membuka peluang kepada masyarakat Malaysia tanpa mengira kaum dan etnik untuk menyertai mana-mana sukan yang dipertandingkan. Seterusnya, kegiatan sukan juga boleh membentuk tingkah laku displin dalam kalangan anggota seseorang individu. Selain itu, sukan dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara pemain dan penyokong tanpa mengira bangsa dan agama.
SUKAN BOLEH MEMBENTUK PERPADUAN
Sukan mampu menjadi landasan dalam memupuk perpaduan antara kaum. Biarpun berlainan fahaman politik, berbeza agama dan bangsa namun ketika menyokong pasukan negara yang bertanding, tembok yang tebal itu boleh dihapuskan. Contohnya, apabila pasukan bola sepak negara kita iaitu Harimau Malaya bertanding, semua sempadan terhapus dengan sendirinya kerana kita memberi fokus 100% agar kemenangan dapat dicapai. Ketika itu semuanya bersatu, sama-sama bersorak, sama-sama menjerit dengan satu citra mengharapkan kemenangan milik Harimau Malaya. Bila kalah sama-sama kecewa, Bila menang sama-sama kita gembira. Itulah sukan, sukan dapat menyatukan rakyat kerana sukan adalah agen perpaduan. Aktiviti bersukan dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dan pada masa yang sama kita dapat menerapkan displin dan intergriti dalam kalangan peserta.
OBJEKTIF SUKAN TERHADAP PERPADUAN
Memperkasakan budaya penglibatan dalam sukan dalam kalangan masyarakat.
Menggalakkan penyertaan aktiviti sukan yang lebih luas di semua peringkat bagi sebuah masyarakat yang berdisplin dan bersatu padu.
Membuka peluang, insentif dan kerjaya bagi kerjaya bagi memenuhi keperluan asasi individu sukan.
Mencapai kecemerlangan peringkat kebangsaan dan antarabangsa dengan semangat kesukanan yang tulen.
FAEDAH-FAEDAH BERSUKAN DALAM PERPADUAN
PERINGKAT INDIVIDU
Menyumbang kepada pembentukan sahsiah yang positif, memberi kesedaran diri dan berdaya saing, peningkatan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal dapat menerusi pada masa lapang secara berfaedah.
PERINGKAT MASYARAKAT
Menyumbang kepada peningkatan perhubungan yang dapat dieratkan antara pelbagai kaum, peningkatan tahap kesihatan komuniti, peningkatan semangat kesukarelaan, kerjasama dan sokongan.
PERINGKAT ANTARABANGSA
Menyumbang kepada pemupukan jalinan dan kerjasama antarabangsa, peningkatan ketahanan dan daya saing.
IMPAK SUKAN TERHADAP PERPADUAN KAUM
Sukan tidak pernah mengira latar belakang atau agama, keturunan, kepercayaan dan batasan yang boleh menghalang interaksi antara pemain, penyokong, pihak pengurusan dan media massa. Pada era 1980-an bola sepak negara kita pasti kita tidak akan lupa kepada allahyarham Mokhtar Dahari, Hassan Sani, V Arumugam, Soh Chin Aun, James Wong, Torai Raju, Zainal Abidin dan Khalid Ali.
Walaupun tidak dinafikan sukan juga menjadi ancaman provokasi perkauman sebagaimana yang berlaku dalam liga bola sepak luar negara, namun sering kali kita melihat sukan akan menjadi alat perpaduan yang baik dalam kalangan masyarakat umum walaupun mempunyai pelbagai perbezaan termasuk kefahaman politik masing-masing. Pada zaman dulu lagi, sukan menjadi alat untuk mengetepikan perbezaan masing-masing dan tempat penyatuan antara negara dan bangsa yang boleh bersama walaupun mempunyai latar belakang pemerintahan dan struktur tadbir urus yang berbeza.
TOKOH-TOKOH ATLET NEGARA DAN PENCAPAIAN YANG DICAPAI
Kami akan menerangkan dua tokoh yang terkenal di negara kita dengan percapaian yang terbaik mereka perolehi untuk negara.
DATO' LEE CHONG WEI
Dato' Lee Chong Wei seorang olahragawanpaling berjaya di Malaysia. Beliau telah memenangiAnugerah Olahragawan Negara sebanyak 4 kali. Lee chong wei juga telah menjadi pemain nombor satu dunia selama 348 minggu. Beliau telah memenangi pingat perak sukan olimpik sebanyak tiga kali dan memenangi 69 kejohanan antarabangsa.
DATUK NICOL ANN DAVID
Datuk Nicol Ann David merupakan pemain skuasy profesional kebangsaan setiap lapisan masyarakat di Malaysia. Beliau juga ikon sukan negara yang paling dikasihi dengan pengalaman bersaing di peringkat antarabangsa selama lebih daripada 20 tahun. Dato Nicol telah memegang gelaran pemain skuasy no.1 dunia selama 9 tahun berturut-turut. Bergelar juara dunia sebanyak 8 kali. Seterusnya, memenangi 5 pingat emas di sukan asia, 2 pingat emas di sukan komanwel. Beliau juga turut mendapat 81 gelaran kejuaraanJelajah Persatuan Skuasy Profesional (PSA).
KESIMPULAN :
Kesimpulan yang kita boleh dapat dalam sukan ini adalah sukan merupakan aspek yang penting untuk memupuk perpaduan antara kaum. Sukan juga amat bagus untuk kesihatan kerana ia dapat mencerdaskan otak dan juga dapat mencergaskan anggota badan kita. Seterusnya, sukan juga memberi kesan yang baik kepada kita untuk menyatupadukan pelbagai etnik di Malaysia. Sukan tidak pernah mengira latar belakang, agama, keturunan mahupun kepercayaan. Selain itu, di peringkat individu, sukan telah menyumbang kepada pembentukan sahsiah positif, kesedaran diri dan berdaya saing selain peningkatan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal menerusi penggunaan masa lapang secara berfaedah di peringkat masyarakat, sukan menyumbang kepada peningkatan jalinan perhubungan di antara pelbagai kaum, peningkatan semangat kesukarelaan, penyertaan, kerjasama dan sokongan.
Nampaknya sampai disini sahaja kami dapat memberi serba sedikit tentang sukan dan perpaduan...semoga apa yang kami sampaikan, semua pembaca dapat memahami dan mengetahui tentang sukan dan perpaduan.
KUMPULAN 6 :
AHLI : 1)MUHAMMAD AZHAR BIN ZULKEFLI (19DRG22F1016)
2)MUHAMMAD SYAHIR BIN MOHAMMAD PANDI (19DRG22F1012)
Wau juga dikenali sebagai layang-layang.Perkataan "wau" dikatakan berasal dari perkataan Kerajaan Melayu Patthani [ Thailand ]memandangkan negeri Kelantan,Terengganu,Perlis dan Kedah menggunakan perkataan tersebut.
Kebanyakkan dari negeri-negeri di Pantai Barat dan Selatan Semenanjung Malaysia seperti Melaka,Johor dan Selangor menggunakan perkataan "layang-layang".Ini dapat dibuktikan dengan menerusi catatan Tun Seri Lanang yang menyatakan bahawa Raja Ahmad bermain layang-layang bersama pemuda-pemuda serta kerabat Diraja.
Selain itu juga,kemunculan nama wau ini juga telah dikaitkan dengan bunyi yang terhasil daripada busur yang diikat di wau.Apabila naik ke udara, daun ibus yang dipasang pada busur tersebut akan menghasilkan bunyi "wau" secara berirama.
Permainan wau diadakan sebagai hiburan untuk pelbagai peringkat umur.Permainan wau juga diadakan untuk pertandingan.Pertandingan yang melihat bentuk kecantikkannya diukur dari segi keindahannya daripada bentuk,corak ciptaan,warna, keaslian ciptaan dan ukurannya.
Jenis-Jenis Wau
Banyak lagi.......
- Wau Daun
- Wau Kucing
- Wau Merak
- Wau Jala Budi
- Wau Dodo Helang
- Wau Bulan
CARA MEMAINKAN WAU..
Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang, iaitu seorang juruanjung yang memegang wau dan seorang jurutarik yang memegangtali. Apabilaanginbertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari akan menambah cantik lagi wau yang dihias berwarna-warni.
Di masa kini, walaupun wau masih mendapat tempat di kalangan masyarakat Melayu, layang-layang juga tidak kurangnya telah mendapat perhatian oleh masyarakat tempatan dan juga antarabangsa. Pelbagai bentuk dan corak layang-layang telah dicipta, ada layang-layang yang berbentuk orang, kapal berangkai dan ada yang dimainkan dengan menggunakan dua utas tali. Kebanyakkan pertunjukan wau dan layang-layang masih mendapat tempat di Malaysia,terutama ketika hari-hari sambutan perayaan atau pertandingan wau antarabangsa.
Selambut ataupun dikenali sebagai Batu Seremban atau serembat ialah sejenis permainan yang dimainkan di Malaysia.Selambut adalah sebutan bagi di sebelah utara dan pantai timur semenanjung,manakala di pantai barat semenanjung ini dikenali sebagai seremban.
Permainan ini biasanya dimainkan oleh kanak-kanak perempuan secara individu atau berkumpulan iaitu dua orang atau lebih.Kebiasaannya pemain akan menggunakan guli,biji getah,ketulan batu kerikil atau objek yang kecil berbentuk bulat.Lazimnya sebanyak lima biji sahaja.Selain itu,karung kain yang dijahit dan diisi dengan biji saga,pasir,kacang hijau atau yang sesuai,boleh dijadikan juga[video pembuatan batu seremban kain ada dihujung blog].Objek itu digelar sebagai buah.
Secara amnya, permainan ini dimainkan pada waktu yang lapang,di serambi rumah,di dalam rumah atau dimana sahaja dengan syarat permukaan tersebut rata dan bersih.Para pemain akan duduk di atas lantai dan bermain mengikut giliran.
Undian
Sebelum memulakan permainan ini, setiap pemain hendaklah menimbang buah,bagi menentukan giliran masing-masing.Para pemain akan menimbang kesemua buah dengan meletakkannya di atas tangan dan dilambung ke udara.Kemudian disambutnya dengan belakang tapak tangan.Jumlah buah yang dapat disambut akan dikira sebagai mata giliran setiap pemain.
Cara Bermain
Terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan.Permulaan permainan, pemain akan menggunakan sebiji buah yang digelar buah 1 sehinggalah ke peringkat tertinggi yang digelar buah 7.
Buah satu
Kesemua buah hendaklah diselerakkan dengan cara menabur di atas lantai dan tidak bersentuhan antara satu sama lain.Sebiji buah akan diambil untuk dijadikan ibu.Kemudian ibu hendaklah dilambungkan ke udara dan dalam masa yang sama sebiji lagi buah hendaklah dikutip.Seterusnya,pemain hendaklah menyambut buah ibu dan meletakkannya di dalam tangan yang sebelah lagi.Perlakuan ini akan berterusan sehingga kesemua buah habis dilambung dan disambut.
Buah dua
Cara buah dua dimainkan adalah sama seperti buah satu tetapi buah yang dikutip mestilah dua biji.Ini bermakna dua kali buah ibu dilakukan.
Buah tiga
Seterusnya,buah tiga.Cara bermain buah tiga pula terdapat sedikit perbezaan.Langkah pertama adalah dengan mengutip sebiji buah dahulu,pada lambungan kali kedua pemain hendaklah mengutip tiga biji buah serentak.
Buah empat
Pada peringkat buah empat,pemain akan mengutip kesemua empat biji buah di atas lantai dan dalam masa yang sama hendaklah menyambut buah ibu yang telah dilambungkan tadi.
Buah lima
Peringkat ini merupakan urutan bagi peringkat buah empat.Sementara di dalam tangan tergenggam lima buah biji,sebiji daripadanya hendaklah dilambungkan dan empat biji lagi hendaklah diletakkan diatas lantai bagi menyambut buah ibu sahaja.
Buah enam
Seterusnya, di tahap ini terdapat perbezaan.Ianya dinamakan buah tukar,dimana dua biji buah dijadikan buah ibu.Apabila sebiji daripadanya dilambungkan ke udara maka sebiji lagi buah ibu hendaklah ditukarkan dengan buah lain yang terdapat diatas lantai sehingga selesai.
Buah tujuh
Buah tujuh adalah urutan dari peringkat buah enam.Dua biji buah yang masih berada di dalam tangan hendaklah dilambungkan serentak.Sementara itu,sebiji buah hendaklah dikutip.Buah ibu hendaklah disambut dengan kedua belah tangan manakala sebiji di sebelah kanan dan sebiji lagi disebelah kiri.Pada buah ibu yang terakhir dilambungkan,hendaklah disambut.
Buah lapan
Pada peringkat ini,pemain hendaklah menyatukan dua buah dan mengambil semua buah dilantai sekaligus sementara ibu dilambungkan ke udara dan ibunya diambil semula.
Buah sembilan
Kemudian, peringkat termudah heheheehh, pemain mestilah ambil kesemua buah dilantai sekali gus sementara ibu dilambung ke udara.
Buah sepuluh
Setelah selesai kesemua peringkat,pemain hendaklah menimbang buah untuk mendapatkan mata.Pada peringkat ini terdapat dua kaedah menimbang buah.Cara pertama sama seperti permulaan menentukan pemain,mata dikira hanya mengikut bilangan biji buah yang dapat ditimbang.Tetapi jika buah yang ditimbang itu disambut dengan cara mencangkuk,maka mata dikira sekali ganda dari jumlah biji buah yang dapat disambutnya.Sekiranya pemain dapat bermain sehingga ke peringkat menimbang dengan memperolehi mata ,maka pemain tersebut boleh meneruskan permainan semula,buah satu dan seterusnya sehingga mati.
Mati Permainan
Sekiranya ibu tidak dapat disambut sambil semasa mengutip buah di lantai dan tangan terkena biji buah yang lain atau tidak dapat mengutip buah sehingga ibu jatuh ataupun semasa menimbang buah, pemain tidak dapat walau sebiji pun buah ianya dikira mati [permainan tamat] dan permainan akan diserahkan kepada pemain seterusnya.
Di Asia Tenggara, congkak mula berkembang dari Melaka memandangkan negeri itu dahulunya merupakan pusat perdagangan utama.Nama congkak dipercayai berasal dari perkataan Bahasa kita iaitu Bahasa Melayu "congak" yang bermaksud pengiraan mental.Selain orang Melayu , orang yang berketurunan india dan Baba Melaka turut meminati permainan congkak ini.Di kepulauan Caribbean, congkak dikenali sebagai Warri atau Awari.Di Indonesia pula dikenali sebagai congklak manakala Filipina,sungka.
Congkak sejenis permainan yang dibuat darpada papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan kebiasaannya congkak menggunakan biji getah atau guli[buah].
Dalam permainan congkak, terdapat dua bahan iaitu papan congkak dan buah congkak.Papan congkak yang dibuat daripada kayu lalu terdiri daripada lima atau tujuh sebaris yang digelar "kampong" dan di hujung kedua-duanya terdapat lubang ibu yang dikenali sebagai "rumah".Kebiasaannya panjang sebuah congkak sekitar 80cm dan lebarnya 18cm.
CARA BERMAIN :
PEMAIN :
Permainan ini memerlukan dua orang pemain dalam satu masa.
ALATAN PERMAINAN : Alatan yang digunakan dalam permainan ini adalah papan congkak dan buah congkak (cakak). Gelanggang permainan adalah sebuah papan congkak yang mengandungi “sekampung” iaitu 5, 7, 8 atau 9 biji guli ke dalam “Rumah Anak”. Tiap-tiap Rumah Anak perlu diisi cakak (biji guli). Terdapat dua lubang besar di setiap hujung papan congkak. Lubang ini dipanggil "Rumah Ibu".
Kadang-kadang sebagai ganti papan congkak, lubang-lubangnya dibuat di atas tanah. Sementara biji-biji congkak pula ialah guli-guli kaca, buah getah, biji saga, batu-batu kecil dan sebagainya. Setiap papan congkak hanya boleh dimainkan oleh dua orang sahaja.
MASA PERMAINAN :
Permainan bergantung kepada kecekapan pemain untuk mengawal perjalanan bagi mengumpul sebanyak mungkin buah guli (cakak) ke dalam “Rumah Ibu”.
LOKASI BERMAIN :
Permainan dimainkan di dalam rumah atau di anjung rumah.
CARA BERMAIN:
1. Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan.
2. Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut, hanya selepas membuat satu pusingan.
3. Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati.
4. Sekiranya tidak terdapat sebarang buah di kampung pemain sungguhpun giliran berada dipihaknya, maka giliran untuk menggerakkan buah akan berpindah kepada pihak lawan.
5. Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap 'terbakar'. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.
Di akhir permainan, buah congkak dikira dari rumah masing-masing. Pemenang adalah yang memiliki buah congkak terbanyak. Sekiranya jumlah buah congkak sama banyak, maka pemain dengan jumlah kampung terbakar terbanyak dikira kalah.
Congkak Masa Kini
Congkak zaman moden kebanyakkannya diperbuat dengan plastik keras atau kayu mampat, dan dengan pelbagai jenis rekaan. Congkak juga diubahsuai menjadi mudah alih (portable), dan boleh dibimbit untuk dibawa ke mana sahaja.
Cara membuat congkak .....
Lazimnya dibuat dari kayu hutan seperti merbau, keruing, balau dan sebagainya. Terdapat juga papan congkak yang dibuat dari kayurambutan, nangka dan sebagainya, mengikut kemampuan si tukang pembuat congkak.
Belahan kayu yang telah siap dipotong mengikut ukuran yang dikehendaki.
Kayu tersebut akan dipahat untuk membuat lubang. Lubang-lubang ditebuk dalam dua baris dan dinamakan ‘kampung’ yang mempunyai jumlah bilangan tertentu.
Ditebuk satu lubang besar di kedua-dua hujung yang dikenali sebagai ‘rumah’.
Setelah siap, papan tersebut akan diukir dengan pelbagai hiasan seperti bentuk tumbuh-tumbuhan, kosmos, geometri dan sebagainya
Papan congkak divarniskan dengan warna perang kekuningan, perang kemerahan, perang atau hitam
Permainan tradisional merupakan suatu permainan yang dimainkan oleh kanak-kanak sejak dahulu lagi.Permainan ini dicipta bagi menghilangkan rasa kebosanan kanak-kanak dahulu yang hidup dalam serba kekurangan.Antara permainannya adalah batu seremban,congkak,ketinting,lompat tikus,baling selipar,konda kondi,galah panjang dan banyak lagi.Namun segelintir dari kita tidak tahu betapa banyaknya manfaat bermain permainan tradisional ini dari segi fizikal dan mental kanak-kanak.
4 MANFAAT PERMAINAN TRADISIONAL
1.DAPAT MERAPATKAN SILATURAHIM
HAL INI KERANA SETIAP PERMAINAN YANG DICIPTA,SEMUANYA HARUS DIMAINKAN BERSAMA-SAMA ATAU BERKUMPULAN.IA MAMPU MERAPATKAN HUBUNGAN KITA DENGAN KAWAN SEWAKTU DAN SELEPAS BERMAIN....JADI,SEWAKTU BERMAIN KITA MAMPU BERKOLEBERASI ANTARA SATU SAMA LAIN UNTUK MEMENANGKAN PERMAINAN ITU DAN MERAPATKAN HUBUNGAN SILATURRAHIM KITA.
2.DAPAT MENINGKATKAN KEMAHIRAN MOTOR KASAR
HAL INI DISEBABKAN SEJENIS PERMAINAN YANG MELIBATKAN PERGERAKAN LARIAN SEPERTI KEJAR MENGEJAR LALU MENINGKATKAN KEMAHIRAN MOTOR KASAR KANAK-KANAK.
3.DAPAT MENINGKATKAN KEMAHIRAN MOTOR HALUS
HAL INI DISEBABKAN SEJENIS PERMAINAN SEPERTI BATU SEREMBAN YANG MELIBATKAN PERGERAKAN PERGELANGAN DAN JARI JEMARI TANGAN KETIKA BERMAIN.
4.DAPAT MENINGKATKAN KEFOKUSAN
HAL INI DISEBABKAN SEJENIS PERMAINAN SEPERTI MAIN GULI YANG MEMERLUKAN KEFOKUSAN UNTUK MENJENTIK GULI PADA SASARAN DALAM LINGKARAN BULATAN ITU.
Ini merupakan post pertama saya dalam membuat blog.Tujuan saya membuat blog ini adalah untuk menyelesaikan Personal Project saya.Tambahan info kepada yang tidak tahu, Personal Project ini merupakan suatu aktiviti yang dianjurkan oleh pihak MYPIB.Jadi saya sebagai pelajar dari SMK SERITUALANG IBWS ( INTERNATIONAL BACCALAUREATE WORLD SCHOOL) harus menjalankan tugas yang diberi ini.Selepas ini,semua post yang saya akan siarkan adalah berkaitan tentang projek saya iaitu Permainan Tradisional.Saya harap ramai yang dapat menyokong saya dengan menaikkan view dan comment untuk dijadikan bahan bukti projek saya.Sekian tq.